Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami
Demimu...
Segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi Di hati
Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya
Sampai..tubuh tak bernyawa
Sampai..ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir
Andai dikurnia syurga
Kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa...
Jawapan ku menunggu..
Kau sampai dahulu..